top of page

KONFLIK KEPENTINGAN

Marble Surface

Konflik kepentingan berlaku apabila pekerja mengeksploitasi kelebihan melalui jawatan rasmi yang mereka pegang dalam syarikat untuk kepentingan peribadi mereka dan bukannya bertindak secara objektif untuk kepentingan syarikat.  Konflik timbul daripada mengejar kepentingan kewangan peribadi, kemajuan profesional, hubungan rapat, pekerjaan atau aktiviti luar, penggunaan peribadi harta & aset syarikat, memiliki pemilikan dalam saham pesaing, dsb. 

 

Dalam keadaan tertentu, beberapa konflik tidak dapat dielakkan - akan tetapi bukan semua konflik tersebut adalah salah.  Beberapa konflik yang tidak sesuai, iaitu meminta atau menerima rasuah atau menyalahgunakan dana syarikat untuk kepentingan peribadi, boleh menyebabkan syarikat menghadapi cabaran kawal selia, undang-undang atau etika.

​

Atas sebab ini, pekerja mesti menahan diri daripada kelakuan yang dilarang oleh kod perniagaan syarikat.

​

Bagaimanakah majikan harus menetapkan sempadan yang munasabah untuk pekerjanya mengetahui, memahami dan bertindak sewajarnya untuk mengelakkan konflik kepentingan antara mereka?

Tiga klasifikasi konflik kepentingan

Konflik berpotensi

 

Ini adalah konflik yang boleh berlaku pada masa yang akan datang sekiranya ia diketahui & tidak dikawal dari awal lagi

 

Konflik yang dianggapi

Konflik ini memberi gambaran bahawa tindakan seseorang pekerja mungkin telah mengkompromi kepentingan organisasi

   Konflik sebenar

 

Konflik ini dikenal pasti telah menjejaskan kepentingan terbaik organisasi

​

 

Use of company property

Use of company property

From time to time, your Marketing Manager who runs a home-based business would use the company's printer & other office assets to produce their business portfolio.

Outside business

Outside business

During office hours, two Sales Executives are more motivated to sell highly-trendy products online, then of selling your company's products.

Close relationships

Close relationships

Your Office Manager secretly purchases stationeries & pantry items from the mini-market owned by their parents-in-law. The mini-market would mark up those supplies higher than usual.

Personal advantage

Personal advantage

A logistics service provider who wants a long-term contractual exclusivity with your company would offer commissions to your Senior Supply Chain Manager who in turn ensures that the company contract be awarded to the logistics service provider.

Self-dealing

Self-dealing

Your COO sits on the Board of a company that competes for business with your company.

Use of confidential information

Use of confidential information

A manager has been divulging confidential information of the company's latest M&A target to a competing purchaser who would be paying them for up-to-date information from time to time.

Marble Surface

01/

Mentakrifkan Konflik

Dasar Konflik Kepentingan yang menyerlahkan jenis & juga pengurusan konflik dapat membantu pekerja lihat gambaran lebih jelas.  Sebaik sahaja pekerja menyedari bahawa beberapa kelakuan tidak boleh diterima secara munasabah di tempat kerja, mereka tahu untuk tidak mendedahkan diri dan organisasi mereka kepada risiko.  

02/ 

Perlaksanaan

Pemilik

Kepimpinan memiliki Dasar Konflik Kepentingan.  Agar Dasar ini berkesan, mereka bergantung kepada pasukan pengurusan mereka untuk mengendalikan rutin Dasar.

​

Penjaga

Pengurus mesti melibatkan diri secara konsisten & mengingatkan kakitangan mereka untuk mematuhi Dasar setiap kali menjalani tugas rasmi.  Begitu juga, mereka harus tersedia membantu kakitangan yang mendedahkan atau tampil ke hadapan dengan kebimbangan yang berkaitan dengan situasi konflik.

 

Penyokong

Dokumentasi Dasar, prosedur, pendedahan, laporan & rekod sulit lain terletak pada kakitangan Sumber Manusia.

 

Penghubung

Kakitangan Etika akan melatih & memberi panduan & maklumat Dasar kepada pekerja, sekali gus mengukuhkan pendirian syarikat supaya beretika dalam semua amalan perniagaannya.  Kadang-kadang, mereka boleh dipercayai untuk menyemak atau menyelesaikan konflik yang telah ditingkatkan.  

03/

Menilai, Memantau, Mengambil Tindakan

Organisasi mungkin perlu menubuh sebuah Jawatankuasa untuk menyemak, menilai & memantau setiap konflik serius yang ditingkatkan.  Jikalau sesesuatu konflik disengajakan oleh pekerja & ia menyebabkan kemudaratan kepada syarikat, tindakan tatatertib perlu diambil.  Sementara itu, konflik akan sentiasa berubah - ini bermakna mengikuti amalan etika dengan teliti adalah terbaik untuk mengemaskini proses & penyelesaian masalah. 

04/

Tanpa Tindakan Balas

Walaupun konflik boleh menimbulkan akibat yang serius, sesebuah organisasi tidak boleh menghukum mana-mana pekerja tanpa terlebih dahulu menilai kesan konflik & merujuk kepada garis panduan dasar.  Sebarang keputusan yang diluluskan tidak berberat sebelah supaya hak kedua-dua organisasi & pekerjanya dapat diperliharakan.

​

Konflik mesti ditebatkan.  Oleh demikian, pekerja harus memaklumkan semua konflik samada ia berpotensi, dianggapi atau sebenar.

 

Sebaik sahaja konflik dimaklumkan, isu berkonflik terkini & masa depan mesti ditangani dengan rancangan untuk menguruskan sebarang kelanggaran peraturan etika, undang-undang, tatatertib atau cabaran lain yang dijangka & juga pengelakkan konflik itu supaya tidak berulang lagi. 

bottom of page