Glosari
Panduan Istilah Pematuhan
ORANG YANG TERDEDAH KEPADA POLITIK (PEP)
Seseorang yang berkuasa & berpengaruh kerana memegang jawatan di pejabat awam, risiko bakal kerlibatannya dalam rasuah adalah lebih tinggi. Definisi PEP juga diluaskan lagi untuk merangkumi hubungan rapat dengan PEP seperti ahli keluarga, saudara, kaitan atau pembantu mereka dari pejabat yang sama, rakan perniagaan & rakan karib.
PROGRAM PEMATUHAN
Budaya pematuhan terhadap prinsip anti-rasuah & anti-sogokan (ARAS) yang ditetapkan dalam program etika & pematuhan syarikat dapat dipupuk dengan memperkenalkan kod etika tertulis, melatih kod tersebut & memesan setiap pekerja supaya bertanggungjawab mengikuti polisi, tatacara & proses syarikat.
BAYARAN PEMUDAHAN
Bayaran pemudahan dibuat untuk mempercepatkan tugas rasmi yang wajib dilaku oleh seseorang pegawai pangkat rendah mana-mana badan awam. Apabila pembayaran seperti itu dilakukan secara rutin atau lebih berani, spt. kepada pegawai berpangkat lebih tinggi, lebih kerap atau nilai lebih tinggi, ia mengembangkan corak menyogok. Bayaran pemudahan tidak boleh dijadikan pengecualian daripada niat untuk menyogok.
PEMBERI MAKLUMAT
Pemberi maklumat adalah orang dalaman atau pihak luar syarikat, yang mendedahkan apa-apa kelakuan tidak wajar. Syarikat boleh mengklasifikasikan apa kelakuan yang dianggap tidak wajar bagi mendorong pemberi maklumat supaya melaporkannya dengan niat baik. Contohnya, tingkah laku yang tidak betul itu menyalahi undang-undang, tidak beretika atau melanggari dasar syarikat.